(i) SIGNING CLOUD SDN. BHD. (NO. PENDAFTARAN SYARIKAT 202001037921) mengiktiraf kepentingan perlindungan privasi data peribadi. Kami komited untuk mengguna usaha terbaik kami bagi memastikan semua maklumat yang kami terima masih sulit dan diguna semata-mata untuk tujuan yang dinyatakan dalam notis perlindungan data peribadi ini yang digubal berdasarkan dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Notis Privasi”).
(ii) Sila maklum bahawa dengan melayari, mengguna, mengakses atau berdaftar dengan laman web SigningCloud dan/atau aplikasi mudah alih kami (“Laman“) dan/atau melanggan dan mengguna perkhidmatan penyelesaian tandatangan digital kami, anda tertakluk kepada Notis Privasi ini dan anda bersetuju untuk membenarkan kami mengumpul, mengguna, menyimpan dan mendedah data peribadi anda mengikut Notis Privasi ini.
(iii) Sila baca Notis Privasi ini dengan teliti dan secara keseluruhannya untuk lebih memahami perkara-perkara berikut:
(iv) Jika anda tidak bersetuju dengan pengumpulan dan/atau pemprosesan data peribadi anda oleh kami seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini, sila keluar dari Laman kami dengan segera dan jangan melanggan perkhidmatan penyelesaian tandatangan digital kami atau mengemukakan apa-apa data peribadi anda kepada kami melalui apa jua cara.
(i) Data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang yang merupakan subjek data peribadi, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau daripada maklumat tersebut dan maklumat lain dalam milikan seorang pengguna data peribadi, termasuk apa-apa data peribadi sensitif (iaitu data peribadi yang mengandungi maklumat mengenai kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, perlakuan atau dawaan perlakuan apa-apa kesalahan) dan penyataan pendapat mengenai subjek data peribadi tersebut.
(ii) Kami mungkin mengumpul dan memproses data peribadi anda apabila anda melayari, mengguna dan/atau mengakses Laman kami atau apabila anda berdaftar di Laman kami atau apabila anda melanggan dan/atau mengguna perkhidmatan penyelesaian tandatangan digital kami atau apabila anda berkomunikasi dengan kami melalui e-mel atau apa-apa kaedah komunikasi yang lain atau melalui penggunaan kuki (jika ada) pada halaman tertentu di Laman kami atau apabila anda memberi data peribadi anda kepada kami secara langsung atau dari sumber lain seperti pangkalan data awam, pelantaran media sosial dan pihak ketiga.
(iii) Sebagai contoh, kami mungkin mengumpul:
Butiran peribadi | Nama, gambar, umur, jantina, nombor kad pengenalan pendaftaran negara, nombor pasport atau nombor identiti dokumen yang lain, tarikh lahir, bangsa, etnik, kewarganegaraan, kelayakan, pekerjaan, pengalaman kerja, aktiviti perniagaan, kesihatan fisikal dan mental dan lain-lain. |
Butiran log masuk | Nama pengenalan pengguna, kata laluan atau kod keselamatan lain. |
Butiran kewangan | Butiran akaun kad caj, kredit, debit atau akaun bank |
Butiran perhubungan | Alamat surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon |
Butiran Peranti | Alamat protokol internet, system operasi, jenis dan versi pelayar dan tetapan peranti yang digunakan untuk mengakses Laman kami dan/atau mengguna perkhidmatan penyelesaian tandatangan digital kami. |
Butiran Lokasi | Lokasi geografi yang diperolehi dari alamat protokol internet. |
Butiran Log | Masa dan tempoh penggunaan Laman kami dan/atau sistem penyelesaian tandatangan digital kami. |
Butiran Lain | Aplikasi yang digunakan, halaman yang dilihat dan laluan navigasi laman web, apa-apa maklumbalas, pendapat, ulasan, dokumen atau maklumat yang dimuat naik dan apa-apa maklumat lain yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda. |
(i) Kami mungkin mengumpul atau memproses data peribadi anda untuk satu atau lebih daripada tujuan-tujuan berikut:
(ii) Sila maklum bahawa senarai tujuan di atas adalah tidak lengkap dan hanya merangkumi beberapa tujuan yang paling umum kami mengumpul dan memproses data peribadi anda. Kami juga mungkin mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh apa-apa undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa undang-undang yang berkaitan.
(i) Anda mempunyai hak perlindungan data peribadi berikut yang boleh digunakan pada bila-bila masa dengan menghubungi kami melalui butiran perhubungan yang dipaparkan di Laman kami atau e-mel kepada kami di support@securemetric.com, antara 08:00 dan 17:00 (waktu Malaysia), Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum di Malaysia:
(ii) Kami berusaha untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami simpan mengenai anda adalah tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan. Oleh itu, data peribadi yang anda berikan kepada kami hendaklah, setakat yang munasabah dapat dilaksanakan, tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan. Jika pada bila-bila masa, anda percaya bahawa mana-mana data peribadi anda yang disimpan oleh kami tidak tepat, lengkap, terkini dan adalah mengelirukan, sila maklumkan kepada kami dengan data yang betul, lengkap dan tepat melalui butiran hubungan yang dipaparkan di Laman kami atau e-mel kepada kami di support@securemetric.com.
(iii) Sila maklum bahawa kami boleh, atas sebab-sebab yang munasabah, menafi permintaan anda untuk mengakses, mengemaskini dan/atau memperbetul data peribadi anda. Sebab-sebab yang munasabah termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
(iv) Kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan anda tepat pada masanya, tidak lewat daripada dua puluh satu (21) hari daripada tarikh kami menerima permintaan tersebut. Kamiakan memaklumkan anda apabila permintaan anda telah dipenuhi. Walaubagaimanapun, jika kami tidak dapat memenuhi permintaan anda, kami akan memaklumkan anda sebab-sebab dalam tempoh masa yang sama atau jika kami tidak dapat memenuhi permintaan anda dalam tempoh masa tersebut, kami akan memaklumkan anda mengenai sebab-sebabnya dan memenuhi permintaan anda tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas tempoh masa pertama yang disebutkan tamat.
(i) Kami, pada umumnya, menyimpan data peribadi anda dengan sulit tetapi, dalam keadaan yang terhad dan apabila kami perlu untuk memenuhi tujuan-tujuan pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Notis Privasi ini, kami mungkin mendedahkan data peribadi anda berdasarkan asas yang perlu diketahui kepada
pihak ketiga berikut:
(i) Kami mengambil langkah-langkah komersil yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda (samada disimpan atau diproses oleh kami atau pihak-pihak ketiga yang diupah oleh kami) daripada hilang, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pendedahan, pengubahan, atau pemusnahan tetapi kami tidak mengaku janji atau memberi jaminan:
Anda berbuat demikian atas risiko anda sendiri.
(ii) Nama pengguna dan kata laluan yang unik mungkin penting untuk anda bagi mengguna fungsi-fungsi atau ciri-ciri tertentu di Laman kami dan/atau perkhidmatan penyelesaian tandatangan digital kami. Kami sangat menggalakkan anda untuk menyimpan nama pengguna dan kata laluan anda dengan sulit, tukar kata laluan anda dari semasa ke semasa untuk perlindungan anda sendiri dan log keluar akaun anda dan tutup pelayar anda setiap kali anda selesai sesi anda. Sila ambil perhatian bahawa kakitangan kami tidak akan meminta kata laluan anda dalam panggilan telefon, mesej teks atau e-mel yang tidak diminta.
(i) Kami tidak akan menyimpan data peribadi anda lebih lama daripada yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan pengumpulan dan pemprosesan dan kami akan mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal apabila tidak lagi diperlukan bagi tujuan-tujuan pengumpulan danpemprosesan. Sekiranya pemadaman tidak dapat dilaksanakan atas apa jua sebab, kami akan menyimpan data peribadi anda dengan selamat dan menghalangnya daripada apa-apa pemprosesan selanjutnya sehingga pemadaman boleh dilaksanakan.
(ii) Kecuali dinyatakan secara khusus di Laman kami, kami tidak menawarkan apa-apa kemudahan untuk memadam data peribadi anda yang disimpan oleh kami.
(i) Walaupun anda boleh mengehadkan pemprosesan data peribadi anda yang disimpan oleh kami, sila ambil perhatian bahawa jika data peribadi yang mencukupi (semata-mata pada pendapat kami) tidak diberikan kepada kami:
(i) Anda boleh menarikbalik persetujuan anda untuk kami mengumpul, mengguna, menyimpan dan mendedah data peribadi anda dengan menghubungi kami melalui butiran perhubungan yang dipaparkan di Laman kami atau e-mel kepada kami di support@securemetric.com, antara 08:00 dan 17:00 (waktu Malaysia), Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum di Malaysia. Apabila kami menerima permintaan tersebut, kami akan menghentikan pemprosesan data peribadi anda dengan serta-merta.
(ii) Sila ambil perhatian bahawa setelah menarikbalik persetujuan anda untuk kami mengumpul, mengguna, menyimpan dan mendedah data peribadi anda, anda tidak dibenarkan untuk melayari, mengguna atau mengakses Laman kami atau melanggan dan/atau mengguna perkhidmatan penyelesaian tandatangan digital kami.
(i) Sila ambil perhatian bahawa Notis Privasi ini tidak merangkumi tataamalan pihak-pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana laman web, perkhidmatan dan aplikasi pihak-pihak ketiga yang anda layari, guna atau akses melalui Laman kami dan/atau sistem penyelesaian tandatangan digital kami. Oleh itu, kami tidak akan menerima apa-apa tanggungjawab atau liabiliti untuk kandungan atau dasar privasi pihak-pihak ketiga tersebut dan kami menggalakkan anda untuk mengkaji dasar privasi dan syarat-syarat penggunaan mereka sebelum mengguna laman web mereka.
(i) Pada umumnya, kami tidak memindah data peribadi anda kepada penerima-penerima di luar Malaysia. Walaubagaimanapun, jika kita berbuat demikian, kami akan mengambil segala langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan data peribadi anda akan diproses dengan cara yang mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan anda bersetuju untuk kami memindah data peribadi anda ke luar Malaysia.
(i) Kami mungkin meminda atau mengemaskini Notis Privasi ini mengikut budi bicara kami dari semasa ke semasa, tanpa notis terlebih dahulu kepada anda. Pindaan atau pengemaskinian tersebut akan berkuatkuasa serta-merta apabila kami muat naik di Laman kami dan pelayaran, penggunaan atau pengaksesan berterusan Laman kami atau pelangganan dan/atau penggunaan perkhidmatan penyelesaian tandatangan digital kami oleh anda menandakan persetujuan dan penerimaan anda dengan pindaan atau pengemaskinian tersebut. Kami mencadangkan kepada anda untuk melawat Laman kami dengan kerap untuk memastikan anda ketahui segala pindaan atau pengemaskinian terkini kepada Notis Privasi ini.
(i) Kami menyediakan Notis Privasi ini dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Sekiranya terdapat percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai
(i) Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan Notis Privasi ini atau berhubungan dengan apa-apa penyalahgunaan atau syak penyalahgunaan data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami melalui butiran perhubungan yang dipaparkan di Laman kami atau e-mel kepada kami di support@securemetric.com, antara 08:00 dan 17:00 (waktu Malaysia), Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum di Malaysia.